Samsung dikatakan sedang membangunkan cip Exynos baru yang bertujuan untuk mencapai prestasi cip dari Apple iaitu A14 Bionic.
Walaupun Samsung Exynos 2100 menawarkan peningkatan yang ketara berbanding Exynos 990. Namun, dari segi prestasi Apple A14 Bionic membawa pengalaman penggunaan yang lebih baik dari Exynos 2100.
Dari segi kemampuan, CPU Exynos 2100 adalah setanding dengan Snapdragon 888 melalui ujian CPU. Namun pada ujian GPU, prestasi Exynos tidak sebaik Snapdragon 888.
Untuk mengoptimumkan prestasi dan kecekapan cip Exynos baru, Samsung telah bekerjasama dengan AMD. Dengan kerjasama ini Samsung boleh menggunakan kepakaran AMD dalam mengoptimumkan penggunaan kuasa dan pelepasan haba cip.
Cip Exynos baru
Manhattan 3.1 – 181.8FPS.
Aztec normal – 138.25FPS
Aztec High School – 58FPS
IPhone 12 Pro dengan A14 Bionic
Manhattan 3.1 – 146.4FPS
Aztec Normal – 79.8FPS
Aztec High School – 30.5FPS
Seperti yang ditunjukkan di atas, ujian awal pretasi cip Exynos baru dengan mudah menewaskan A14 Bionic. Hasil ujian ini mungkin diperoleh dengan penggunaan kuasa yang tidak realistik.Oleh itu, pengurangan watt nampaknya menjadi masalah yang perlu di selesaikan oleh Samsung dan AMD.
Samsung dijangka akan mengumumkan cip Exynos baru yang akan menggunakan GPU AMD pada suku pertama atau kedua tahun 2021.