Close

iPhone 13 dan 13 Pro bakal menyokong Wi-Fi 6E

Menurut laporan dari penganalisis Barclays, Blayne Curtis dan Thomas O Malley, Apple dikatakan merancang untuk mengeluarkan model iPhone pertama yang menyokong Wi-Fi 6E pada tahun 2021. 

Terdapat juga laporan bahawa sudah ada syarikat semikonduktor yang menyediakan pelbagai komponen untuk iPhone13 termasuklah komponen Wi-Fi 6E. 

Wi-Fi 6E adalah tambah baik dari ciri dan fungsi Wi-Fi 6 yang membawakan prestasi yang lebih tinggi, latensi lebih rendah dan kadar data yang lebih pantas. Ia juga bakal meluaskan penggunaan frekuensi 6GHz yang mana ia menyediakan lebih banyak ruang dari Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz,

Sebelum ini. Kedua-dua siri Apple iPhone 11 dan iPhone 12 menyokong versi Wi-Fi 6 bukan standard 6GHz, begitu juga dengan generasi kedua iPhone SE.

Awal bulan ini, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy S21 Ultra barunya yang menyokong Wi-Fi 6E dengan cip Broadcom

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 13 pada bulan September 2021, jika semuanya berjalan seperti mana yang di rancangan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN