Close

Jumlah iPhone yang aktif kini mencecah 1 billion di seluruh dunia

Apple mengatakan yang kini terdapat lebih dari 1 billion iPhone aktif. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Tim Cook sewaktu panggilan persidangan dengan para pelabur. 

Tim Cook mengatakan bahawa jumlah iPhone aktif di seluruh dunia sudah melebihi satu bilion. Yang mana pada akhir 2019, syarikat itu melaporkan terdapat 900 juta iPhone aktif. Jumlah peranti aktif Apple mencecah 1.65 bilion, peningkatan yang ketara dari 1.5 bilion peranti pada suku yang sama tahun lalu dan 1.4 bilion dua tahun lalu.

Statistik ini merangkumi semua iPhone aktif, pemain media iPod touch, iPad, Mac, Apple TV, dan Jam Tangan Apple yang digunakan di seluruh dunia.

Menurut Counterpoint Research, penghantaran iPhone meningkat sebanyak 22% pada suku sebelumnya. Peningkatan didorong oleh barisan iPhone 12, yang menyokong rangkaian 5G. Ia termasuklah dengan penjualan model sebelumnya yang tidak turun, dan permintaannya kekal stabil walaupun berlakunya penurunan harga.

Untuk tahun 2020 secara keseluruhan, Samsung kekal sebagai peneraju dengan 20.6% pasaran. Apple berada di tempat kedua dengan 15.9%. Huawei, berada di tempat ketiga dengan 14.6%. Tempat keempat Xiaomi, dengan 11.4% n dan tempat kelima adalah Vivo dengan  8.6%.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN