Close

Samsung Galaxy F62 bakal hadir dengan bateri 7000mAh dan harga jualan sekitar RM1,379

Samsung bakal hadir dengan satu lagi siri Galaxy F, iaitu Samsung Galaxy F62. Siri F ini merupakan peranti kelas pertengahan di antara siri Galaxy A dan siri Galaxy M. 

Menurut laporan, Samsung Galaxy F62 (SM-E625F) akan menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 6,7 inci. sistem kuad kamera dengan kamera utama menggunakan sensor 64 MP dan kamera swafoto 32 MP. Galaxy F62 kemungkinan akan menggunakan cip Exynos dengan 6GB RAM dan 128GB storan.

Siri Galaxy F sebelum ini iaitu Galaxy F41 telah hadir dengan bateri sebesar 6000mAh. Namun untuk Galaxy F62 Samsung menaik taraf kapasiti bateri kepada 7000mAh. 

Samsung Galaxy F62 dijangka akan dilancarkan di India pada pertengahan Februari. Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hijau dan Biru menjalankan One UI 3.1 berasaskan Android 11 dengan harga jualan sekitar RM1,379.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN