Close

Facebook bakal menghasilkan jam pintar yang memfokuskan ciri kesihatan dan permesejan

 

Gergasi media sosial iaitu Facebook sedang dalam usaha untuk menghasilkan jam tangan pintar sendiri. Yang mana ia menfokuskan kepada ciri kesihatan dan juga permesejan.

Jam pintar dari Facebook itu dii katakan bakal menjalankan versi sumber terbuka dari perisian Android Google, dalam masa yang sama Facebook turut merancang untuk mengembangkan Sistem Operasi mereka sendiri  untuk digunakan masa hadapan. 

Jam pintar tersebut bakal mempunyai fungsi integrasi ketat dengan aplikasi milik Facebook seperti Messenger, WhatsApp, dan Instagram, dan ia juga akan menyokong sambungan selular, bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan cepat tanpa bergantung pada telefon pintar.

Facebook juga akan membenarkan alat pemakainya berhubung dengan perkakasan dan syarikat perkhidmatan kesihatan dan kecergasan seperti Peloton Interactive.  Namun isu privasi pengguna bakal menjadi salah faktor penjualan berikutan reputasi Facebook berkenaan isu privasi yang tidak berapa baik.

Jam tangan pintar dari Facebook dijangka akan hadir pada 2022, dengan harga jualan di anggarkan bersamaan harga Apple Watch 6 dan juga Watch SE.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN