Close

Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 25 Februari ini

Xiaomi hari ini mengumumkan tarikh bagi pelancaran peranti premium seterusnya iaitu Xiaomi Mi 11 pada 25 Februari secara atas talian. Ia juga merupakan peranti pertama yang hadir dengan Snapdragon 888. 
Spesifikasi ringkas bagi Mi 11 Hadir dengan Snapdragon 888, skrin 6.81 inci 2K AMOLED dengan paparan 120Hz. Menggunakan tetapan tri kamera dengan kamera utama 108MP, 13MP sudut lebar dan 5MP telemacro dan kamera Swafoto 20MP.


Mi 11 menyokong pengecasan pantas 55, pengecasan tanpa wayar 50W dan menyokong 10W reverse wireless charging. Mi 11 dimuatkan dengan bateri sebesar 4600mAh yang hanya memerlukan 43 minit dari 0% hingga 100%. 

Untuk ciri-ciri lain, Mi 11 menggunakan pelindung skrin Victus dari Gorilla Glass, audio dari harmon kardon, pengesanan degupan jantung melalui sensor cap jari dalam paparan Goodix, NFC, IR blaster, Wi-Fi 6E, dan juga Bluetooth 5.2.


Harga jualan Xiaomi Mi 11 bagi pasaran Malaysia masih tidak di ketahui, Namun untuk harga pasaran globa pula adalah RM3,655 ( €749) untuk 8GB/128GB, RM3,991( €799)  untuk 8GB/256GB.


ARTIKEL BERKAITAN