Close

ASUS ROG Phone 5 akan dilancarkan pada 10 Mac ini

Asus mengesahkan ROG Phone akan datang akan dipanggil ROG Phone 5 bukan ROG Phone 4, dan Asus turut mendedahkan tarikh pelancaran bagi ROG Phone 5 iaitu pada 10 Mac.

Asus juga telah menyediakan halaman acara di laman webnya dengan mengira secara kebelakang pada hari acara pelancaran. Ia akan bermula pada 7:00 (UTC + 8) di Taipei dan 12:00 (UTC + 1) di Berlin. Dan di New York, ia akan bermula pada pukul 6 pagi (UTC-5) pada 9 Mac.

Pada halaman acara ia tidak membocorkan sebarang perkara mengenai spesifikasi ROG Phone 5, tetapi Geekbench telah mendedahkan yang ROG Phone akan menggunakan Snapdragon 888, menjalankan Android 11 dengan dua pilihan RAM 8GB dan 16GB. Skrin 6.78 “AMOLED, sokongan 5G, dan bateri 6000 mAh dengan dua sel bateri, serta pengecasan pantas 65W.

Hari pelancaran ROG Phone 5 masih ada lebih dari dua minggu, kita bakal melihat lebih banyak maklumat mengenai ROG Phone 5 dalam beberapa hari akan datang.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN