realme GT adalah telefon pintar terbaru dari realme yang akan dilancarkan pada 4 Mac ini. Dalam laporan sebelum ini, realme GT disahkan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888 dan mempunyai keunikannya tersendiri.
Dalam laporan terbaru, Naib Presiden realme iaitu Xu Qi Chase menerusi laman Weibo telah mengesahkan bahawa realme GT yang dijana Snapdragon 888, RAM LPDDR 5 dan UFS 3.1 akan dijual dengan harga bawah CNY 2,999 (RM1,877).
Perlu diingatkan, ini hanya harga mengikut tukaran wang asing semasa. Namun jika memasuki pasaran Malaysia kelak, harga mungkin sedikit berbeza. Namun, kami jangkakan realme GT mungkin akan dijual dengan harga sekitar RM1,999 di pasaran Malaysia kelak. Apa pun, sama-sama kita nantikan.
(Sumber)