Close

Redmi K40 Game Enchanced hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 dan skrin OLED 120Hz – Harga bermula RM1264

Sebut saja nama Redmi, pasti ramai peminat yang menantikan peranti yang berasaskan permainan mudah alih terbaru ini iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition yang baru saja dilancarkan hari ini dengan beberapa pilihan warna dan varian.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB. Terdapat juga pengesahan IP53 dan teknologi penyejukan gabungan Graphen, Graphite dan Vapour Chamber bagi memastikan permainan yang lancar dan tidak terlalu panas.

Pada bahagian hadapan, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz yang juga menggunakan resolusi 2400 x 1080 piksel bersama warna 10-bit dan menyokong HDR10+.

Terdapat juga kamera swafoto 16MP, tri-kamera 64MP utama, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP makro. Yang menarik lagi, peranti ini turut hadir dengan dwi-pembesar suara dari JBL  yang menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Juga mempunyai bateri 5065mAh bersama pengecasan 67W.

Untuk rekaan, K40 Game Enhance dilengkapi dengan ciri permainan seperti rupa yang unik, terdapatnya lampu RGB pada bahagian kamera dan mempunyai butang pemicu (trigger) bagi membantu anda bermain dengan lebih nikmat.

Harga untuk pasaran China dijual bermula ¥1,999 (RM1,264) untuk 6GB + 128GB, ¥2,199 (RM1,389) untuk 8GB + 128GB, ¥2,399 (RM1,515) untuk 8GB + 256GB, ¥2,399 (RM1,515) untuk 12GB + 128GB, ¥2,699 (RM1,704) untuk 12GB + 256GB dan terakhir adalah edisi khas Bruce Lee ¥2,799 (RM1,768) untuk 12GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN