Close

Samsung dijangka akan menjadi pembekal panel skrin untuk iPhone 13 Pro yang dilengkapi paparan 120Hz

Buat pertama kalinya kita bakal melihat Apple menggunakan paparan 120Hz pada iPhone mereka. Dengan menggunakan paparan 120Hz, ia memberikan pengalaman menatal skrin yang lebih lancar.

Laman web Korea iaitu The Elec, melaporkan bahawa Samsung dijangka akan menjadi pembekal untuk panel skrin yang akan digunakan pada iPhone 13 Pro. Panel yang akan digunakan pada iPhone 13 Pro ialah jenis LTPO OLED yang menyokong paparan 120Hz dan dikatakan akan dibekalkan oleh Samsung Display secara eksklusif.

Teknologi  LTPO merupakan teknologi paparan yang menggunakan penggunaan kuasa yang rendah tetapi cekap kuasa. Bertanggungjawab dalam menghidupkan dan mematikan setiap piksel pada paparan tanpa memberikan kesan yang signifikan kepada jangka hayat bateri.

Dengan menggunakan panel LTPO iPhone 13 Pro dijangka akan hadir dengan ciri Always On Display yang sentiasa akan memaparkan jam dengan juga peratusan bateri seperti mana pada Apple Watch baru.

iPhone bukanlah peranti pertama dari Apple yang akan menggunakan paparan 120Hz, sebaliknya adalah iPad Pro 2017 yang mana telah hadir dengan sokongan paparan 120Hz.

Menurut laporan lain, tidak kesemua barisan iPhone 13 akan menggunakan paparan 120Hz sebaliknya hanya iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang akan hadir dengan sokongan paparan 120Hz.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN