Close

Xiaomi pengeluar telefon pintar nombor 1 di Malaysia untuk suku pertama 2021

Melalui analisis dari Canalys yang dikeluarkan hari ini, memperlihatkan kedudukan pengeluar telefon pintar di Malaysia. Analisis yang dikeluarkan untuk suku pertama 2021 terbahagi kepada tiga iaitu vendor, unit Share dan juga annual growth.

Berdasarkan dari analisis Canalys, Xiaomi berjaya menduduki tempat teratas dengan unit share 28% dan diikuti dengan empat lagi jenama iaitu Vivo, Samsung, Oppo dan juga realme.

Dari segi annual growth, Xiaomi menunjukkan peningkatan yang mendadak dengan +319% berbanding tahun sebelumnya dan meninggalkan jauh dikedudukan kedua iaitu Vivo dengan +4%.

Ia permulaan yang baik untuk Xiaomi memandangkan mereka menawarkan peranti dengan harga yang mampu milik dan juga telah melancarkan beberapa model untuk siri Mi 11, siri Redmi Note 10 dan juga peranti dibawah jenama poco.

Kita mungkin bakal melihat sesuatu yang lebih besar akan dicapai oleh Xiaomi pada tahun ini, yang memungkin Xiaomi menjadi yang teratas didalam kedudukan global memintas Apple untuk tahun 2021. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN