Close

TSMC dilaporkan telah memulakan pengeluaran cip A15 untuk iPhone 13

Pada pelancaran siri iPhone 12 yang lalu, Apple menghadapi beberapa masalah berikutan Pandemik COVID-19 melanda sehingga menyebabkan pelancaran siri iPhone 12 dibuat lewat sebulan berbanding kebiasaan.

Berikutan itu, Apple tidak lagi mahu perkara sama berulang kembali. Digitimes hari ini melaporkan  yang pengeluaran cip A15 telah dimulakan lebih awal bagi mengelakkan masalah sama terjadi. Siri iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun ini.


Pengeluaran cip A15 dilaporkan telah pun dimulakan seawal tahun ini. Cip A15 akan menggunakan teknologi binaan 5nm sama seperti cip A14 dan akan mula menggunakan teknologi binaan 4nm pada tahun 2022.


Siri iPhone 13 dijangka akan membawakan reka bentuk yang sama seperti siri iPhone 12 dengan sedikit perubahan pada modul kamera belakang dan juga takuk yang lebih kecil. Siri iPhone 13 akan turut ditawarkan dalam empat varian iaitu dengan dua saiz 6.1 inci, 5.4 inci dan saiz 6.7 inci.

Pada model iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max ia dijangka akan menampilkan paparan LTPO dengan kadar segar yang tinggi iaitu 120Hz dan yang pertama kalinya digunakan Apple pada iPhone.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN