Render pertama yang tertiris mengenai Samsung Galaxy S21 FE adalah pada bulan April yang lalu, memperlihatkan reka bentuk yang sama dengan Galaxy S21. Kini muncul satu lagi render baru Galaxy S21 FE yang tersedia dalam empat pilihan warna.
Melalui dari imej render yang tertiris, Galaxy S21 FE mungkin akan ditawarkam dalam empat pilihan warna iaitu Hitam, Hijau, Ungu dan juga Putih. Jika dilihat dari panel belakang ia membawakan rekaan Galaxy S21 bersama dengan tiga tetapan kamera
Selain dari reka bentuk, Galaxy S21 FE (SM-G990B) turut dikesan aplikasi penanda aras Geekbench bulan lalu dengan cip Snapdragon 888, 6GB RAM , dan mmenjalankan Android 11.
Untuk spesifikasi lain yang telah tertiris setakat ini., Galaxy S21 FE dijangka akan menampilkan skrin bersaiz 6.41 inci AMOLED bersama kamera swafoto jenis punch hole 32MP. Menawarkan dua pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB, menyokong 5G dengan bateri 4500mAh.
Buat masa ini Samsung belum lagi mengumumkan sebarang tarikh berkenaan dengan Galaxy S21 FE, tetapi ia dijangka akan memulakan pengeluaran pada bulan Julai dan akan mula dijual pada suku keempat 2021 seperti mana yang telah tertiris pada laman web rasmi Samsung Mexico.