Close

Kerangka pelindung untuk Google Pixel 6 tertiris

 

Sebelum ini telah tertiris beberapa maklumat mengenai peranti baru Google iaitu Google Pixel 6. Walaupun Google belum mendedahkan lagi reka bentuk Google Pixel 6, namun beberapa imej awal telah tertiris di arena web.

Melalui imej yang tertiris kali ini telah memperlihatkan rekaan Google Pixel 6 bersama kerangka pelindung berwarna hitam. Yang turut memperlihatkan sensor kamera belakang yang lebih jelas dan terperinci berbanding imej sebelum ini.
Jika dilhat dari pelindung kerangka yang tertiris, Pixel 6 bakal hadir dengan tiga tetapan kamera bersama susunan LED yang besar. Terdapat juga mikrofon dan beberapa sensor kecil lain yang masih tidak diketahui fungsinya.
Namun apa yang menjadi persoalan adalah mengenai warna kamera array yang terlindung dibawah kerangka pelindung berwarna kelabu. Tidak seperti imej awal yang tertiris menggunakan kamera array berwarna hitam.
Siri Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada tahun ini bakal hadir dalam dua varian iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Versi Pro akan hadir dengan saiz yang lebih besar, lebih premium dan lebih lengkap. 

ARTIKEL BERKAITAN