realme dijangka akan mengumumkan barisan baru bagi model realme GT iaitu realme GT 2 Pro. Penggunaan nama itu telah pun disahkan oleh pengasas dan juga CEOnya Sky Li. realme GT 2 Pro dianggap sebagai model paling premium yang pernah dihasilkan oleh realme setakat ini.
Berdasarkan dari rekaan yang telah tertiris, realme GT 2 Pro secara keseluruhannya menampilkan reka bentuk yang berbeza dari model sebelumnya iaitu realme GT dan GT Neo2. Ianya boleh dilihat dari reka bentuk kamera seperti visor dengan tiga modul kamera. Reka bentuk kamera seperti itu bukanlah pertama kali dilihat, sebelum ini Nexus 6P pernah menggunakan rekaan tersebut dan kini diguna pakai pada siri Pixel 6 dengan rekaan yang lebih baru.
Mengenai kamera, realme GT 2 Pro membawakan tetapan tri-kamera dengan dua sensor 50MP dan satu sensor 8MP, menggunakan lens GR yang dibangunkan oleh Ricoh yang merupakan pakar dalam reducing ghosting dan juga backlight resistance.
Rekaan GT 2 Pro dikatakan hadir dengan rekaan sisi rata dengan binaan logam. Dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang mana baru-baru ini cip tersebut mencatatkan skor melebihi satu juta di AnTuTu. Spesifikasi lain yang mungkin hadir adalah skrin bersaiz 6.51 inci FHD+ AMOLED, paparan 120Hz, RAM LPDDR5, storan dalaman UFS 3.1, pengecasan pantas 125W UltraDart dan menjalankan Android 12 dengan antaramuka realme UI 3.0.