Close

Siri OnePlus 10 dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dijangka akan dilancarkan pada Januari 2022

Sumber : OnLeaks

Ura-ura mengenai siri OnePlus 10 telah pun tertiris di arena web. Terbaru melalui Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus iaitu Pete Lau mengumumkan yang siri OnePlus 10 akan menggunakan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1.



Snapdragon 8 Gen 1 adalah cip yang berasaskan pemprosesan lapan teras dengan clock speed sehingga 3.0GHz. Di padankan dengan grafik Adreno generasi baharu dan juga Modem X65 5G yang menyokong kelajuan sehingga 10 Gpbs.

Menurut Lau, OnePlus kini sedang dalam proses pengoptimuman perisian khusus untuk peranti dengan Snapdragon 8 Gen 1. Ini bermakna OnePlus 10 dengan Snapdragon 8 Gen 1 akan membawakan prestasi yang maksimum.

Sumber : OnLeaks

Seperti kebiasaan, siri OnePlus 10 akan hadir dalam dua varian iaitu versi asas dan juga versi Pro. Antara spesifikasi awal yang tertiris bagi siri OnePlus 10 seperti skrin 6.7 inci Quad HD+ AMOLED dengan paparan 120Hz. 8GB atau 12GB RAM LPDDR5, storan dalaman UFS 3.1 dengan kapasiti 128GB atau 256GB.

Untuk tetapan kamera, seperti pada model siri OnePlus 9 ia juga akan menampilkan kamera dengan kerjasama Hasselblad yang mengabungkan tetapan tiga kamera dengan sensor 48MP, 50MP sudut lebar dan 8MP telefoto. Siri OnePlus 10 dijangka akan diumumkan pada Januari 2022 untuk pasaran China dan kami menjangkakan ia akan tersedia untuk pasaran Global selepas beberapa bulan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN