Close

Siri iPhone 14 dijangka hadir dengan kamera 48MP

Sumber: Front Page Tech

Pada siri Apple iPhone 13, Apple telah menampilkan ukuran takuk yang lebih kecil dengan mengatur semula posisi komponen Face ID. Tetapi ia masih kelihatan sama seperti model sebelum. Walaupun begitu, untuk siri iPhone yang seterusnya Apple dilihat tidak lagi akan menggunakan skrin jenis bertakuk.


Melalui laporan The Elec, Apple dikatakan tidak lagi hadir dengan skrin bertakuk, sebaliknya akan menggunakan kamera swafoto jenis punch hole dengan 48MP pada model iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Kedua-dua akan menggunakan panel dari LG Display LTPO 120Hz OLED sekaligus menjadikan ia model dengan rekaan yang serba baru.

Sementara bagi model bukan Pro, ia masih akan menggunakan skrin dengan takuk dan akan menggunakan panel skrin dari BOE. Ia juga mungkin tidak akan hadir dengan skrin jenis LTPO bersama paparan 120Hz.

Selain itu, Apple dijangka akan menawarkan tiga varian sahaja untuk siri iPhone 14, bermaksud Apple tidak lagi menawarkan iPhone 14 versi mini kerana permintaan telefon dengan saiz yang kecil kini semakin berkurangan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN