Close

Xiaomi umumkan teknologi bateri baharu – Akan mula digunakan pada pertengahan tahun 2022

Xiaomi merupakan salah satu pengeluar yang sangat popular dengan teknologi pengecasan, kini Xiaomi telah pun mengumumkan satu lagi teknologi bateri baharu yang dijangka akan mula digunakan pada pertengahan tahun 2022.

Dengan teknologi bateri baharu ini, ia berjaya meningkatkan kapasiti bateri sehingga 10% walaupun menggunakan saiz bateri yang sama. Penambahahan kapasiti itu juga dapat meningkatkan masa penggunaan peranti sehingga 100 minit.


Selain itu, teknologi baharu ini juga dimuatkan dengan tiga kali ganda silikon, sekaligus menjadi ia bateri yang lebih efisien berbanding bateri yang ada pada di pasaran ketika ini. Cip terbina seperti surging fuel gauge, yang dipacu algoritma termaju dapat meningkatkan keselamatan dan memantau aktiviti pengecasan berlebihan sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Teknologi bateri ini juga menggunakan teknologi pembungkusan jenis PMC (protection circuit module) yang meningkatkan kecekapan ruang. Teknologi bateri baharu ini akan mula memasuki pengeluaran besar-besaran pada pertengahan tahun 2022, dan peranti yang pertama mungkin hadir dengan bateri ini adalah Xiaomi Mix 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN