OnePlus baru baru ini telah berkongsi beberapa imej rasmi berkenaan OnePlus 10 Pro di acara CES 2022 yang memperlihatkan reka bentuk OnePlus 10 Pro. Namun begitu OnePlus tidak mendedahkan sebarang spesifikasi yang akan hadir bersama OnePlus 10 Pro.
Laman web kawal selia TEENA hari ini telah berkongsi spesifikasi lengkap mengenai OnePlus 10 Pro. Nombor model yang akan digunakan pada OnePlus 10 Pro adalah NE2210, berukuran 163.0 x 73.9 x 8.55mm dan berat 200.5g.
Skrin bersaiz 6.7 inci 1440×3216 AMOLED bersama paparan 120Hz. Bateri sebesar 5000mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas 80W dan tanpa wayar 50W. Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 dipadankan bersama RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.
Dari segi fotografi, ia membawakan kamera swafoto 32 MP bersama tetapan tri kamera belakang dengan sensor utama 48 MP, 50 MP ultralebar dan 8MP telefoto dengan 3x zum.
Seperti yang telah tertiris, OnePlus 10 Pro akan dilancarkan di China pada 11 Januari dalam warna Hitam, Putih dan Hijau. Dan dijangka akan memasuki pasaran India dan beberapa negara lain sejurus selepas beberapa bulan.