NFT (Non-fungible token) nampaknya semakin rancak dan menjadi platform yang berpotensi buat pengkarya untuk menjual dan membeli hasil seni dengan konsep blockchain dan matawang kripto.
Di Indonesia, NFT rancak dengan platform seperti OpenSea. Terbaru, terdapat pemuda dari Indonesia bernama Ghozali Ghozalu yang berumur 22 tahun menjual gambar swafoto beliau yang diambil dari tahun 2017 hingga 2021 dengan koleksi yang diberi nama Ghozali Everyday.
Untuk memiliki satu gambar digital beliau, anda perlu belanjakan sekurang-kurangnya 0.3 ETH (RM4.5K) dan paling tinggi sekitar 11 ETH (RM154K). Setakat hari ini, beliau telah berjaya menjual beratus gambar swafoto dengan nilai sekitar lebih RM4 juta.
Jika fikir balik macam tak masuk akal jual gambar swafoto dapat pulangan sebanyak itu. Tapi itulah hakikatnya dengan NFT.
Di Malaysia, jika anda ingin berjinak dengan NFT, boleh cuba platform seperti pentas.io untuk menjual dan membeli karya dari segi seni lukisan, gambar dan lain-lain.
(Sumber)