Close

Prestasi grafik cip Samsung Exynos 2200 mengalahkan Snapdragon 8 Gen 1

Baru-baru ini Samsung telahpun mengumumkan cip terbaru mereka iaitu Exynos 2200 dengan kerjasama AMD yang didatangkan bersama cip grafik Xclipse 920. Cip terbaru ini juga akan digunakan pada siri Galaxy S22 yang akan dilancarkan awal Februari ini.

Menerusi skor penanda aras terkini dari Geekbench, terdapat ketirisan prestasi grafik Exynos 2200 yang menunjukkan ia mempunyai skor lebih tinggi berbanding pesaingnya, Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Terdapat beberapa ujian dilakukan melalui penanda aras OpenCL dan Vulkan. Melalui OpenCL, skor dari cip Exynos 2200 mencapai 9143, iaitu jauh lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 1 yang digunakan pada OnePlus 10 Pro dengan skor 5955 yang dilihat sekitar 50% lebih rendah.

Apa pun, ia hanya skor penanda aras sahaja buat masa ini. Pastinya kita harus guna dan cuba sendiri bagaimana rasanya prestasi dan grafik yang terhasil dari cip terbaru Samsung dengan kerjasama AMD ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN