Close

Prestasi cip MediaTek Dimensity 9000 mengalahkan Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200


MediaTek, Qualcomm dan Samsung
telahpun melancarkan cip andalan mereka secara rasmi. MediaTek dengan Dimensity 9000, Qualcomm dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan Samsung dengan Exynos 2200. Walaupun semua cip andalan telah diumumkan secara rasmi, namun prestasi di dunia sebenar masih belum lagi diketahui.

Melalui perkongsian Ice Universe melalui Twitter rasmi beliau, memperlihatkan keputusan Dimensity 9000 berjaya mengatasi dua lagi cip andalan iaitu Qualcomm dan Samsung pada Geekbench 5. Ujian tersebut mengambil kira mengenai skor bagi single core dan multi core semua cip andalan.

Bagi skor single core, Dimensity 9000 memperolehi 1278 diikuti Snapdragon 8 Gen 1 1231 dan Exynos 2200 dengan skor paling rendah 1109. Untuk skor multi core Dimensity 9000 jauh mendahului dengan 4410 diikuti Snapdragon 8 Gen 1 3752 dan Exynos 2200 dengan 3534.

Buat masa ini, Snapdragon 8 Gen 1 sahaja telah dikeluarkan secara rasmi melalui peranti Xiaomi dan Motorola sementara Dimensity 9000 dan Exynos 2200 belum lagi dikeluarkan secara rasmi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN