Close

H₂OOS mungkin nama baharu bagi sistem operasi OnePlus dan OPPO

Pada tahun lepas, sub jenama kepada OPPO iaitu OnePlus mengumumkan yang OxygenOS dan ColorOS akan diintergrasikan sekaligus berkongsi kod pangkalan bersama ColorOS. Kesan dari intregrasi itu juga telah menghentikan satu lagi OS dibawah OnePlus iaitu HydrogenOS yang digunakan untuk pasaran China.

Berdasarkan laporan terkini, OxygenOS dan ColorOS mungkin akan dijenamakan semula kepada H₂OOS. Berikutan OnePlus telah memfailkan tanda dagangan “H₂OOS”, pemilihan nama “H₂OOS” adalah gabungan kepada simbol kimia OxygenOS dan HydrogeOS terhasillah H₂OOS. 

Sebelum ini, OPPO dan OnePlus turut menyatakan mengenai perubahan pada OS mereka yang digunakan pada kedua dua peranti OnePlus dan OPPO. Dengan penjenamaan ini ia dilihat selari dengan laporan sebelum ini.

H₂OOS akan dihasilkan berasaskan kepada ColorOS dan dijangka akan dilancarkan pada semua penggunanya di seluruh dunia. Buat masa ini tiada garis masa mengenai bila ia akan diumumkan. Kami menjangkakan yang H₂OOS mungkin akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN