Close

Samsung menjanjikan kemaskini Android OS selama 4 tahun pada siri Galaxy S22

Seperti semua sedia maklum, Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S22. Dalam masa yang sama, Samsung juga turut menjanjikan kemaskini Android OS yang lebih lama pada peranti mereka.

Menariknya, siri Galaxy S22 akan mendapat kemaskini Android OS sehingga 4 tahun dan tampalan sekuriti selama 5 tahun. Ini bagi memastikan pemilik peranti Samsung mendapat merasai pengalaman Android OS yang lebih lama berbanding jenama Android lain dan memastikan keselamatan peranti terjamin dalam masa 5 tahun.

Apa yang lebih mengejutkan, Samsung Malaysia menawarkan cip Snapdragon 8 Gen 1 terbaru pada siri kali ini disebalik cip Exynos 2200. Ia mungkin berita baik buat peminat fon Samsung yang sudah lama mengidamkan peranti kelas andalan Samsung yang dijana cip yang berkuasa dari Qualcomm.

Kemaskini ini bukan hanya untuk siri Galaxy S22 sahaja, siri Galaxy S21, Galaxy Z Flip 3, Galaxy Z Fold 3 dan siri Galaxy Tab S8 juga turut akan mendapat kemaskini Android OS sehingga 4 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN