Seperti yang kita tahu Apple telahpun mengumumkan tarikh bagi acara pelancaran produk baharu pada 8 Mac ini. Dalam masa yang sama, pakar maklumat tiris Ming Chi Kuo menjangkakan yang iPad Air dan iPhone SE 3 antara yang akan diumumkan.
Terkini, terdapat beberapa maklumat tambahan mengenai iPhone SE 3 5G telah tertiris. Menurut laporan terbaru, iPhone SE generasi ke-3 akan dikenali sebagai iPhone SE+ 5G dan bukannya iPhone SE 2022 atau iPhone SE 3 seperti mana yang dilaporkan sebelum itu.
Kuo juga turut mengesahkan yang iPhone SE+ 5G akan tampil dengan rekaan yang sama seperti iPhone SE 2020 namun ia menyokong rangkaian 5G (mmW dan sub-6). Pada bahagian panel belakang hampir tiada sebarang perubahan pada iPhone SE+ 5G melainkan kedudukan logo yang berubah lebih ke bawah.
iPhone SE+ 5G dijangka akan memasuki pengeluaran secara besar besaran pada bulan ini dan Apple merancang untuk menghantar 25 sehingga 30 Juta unit pada 2022.