Close

OnePlus dijangka akan melancarkan enam model untuk tahun 2022

OnePlus kini tidak lagi berselindung yang mereka kini berada di bawah Oppo, dan juga berkongsi teknologi pada kebanyakkan model mereka. OnePlus juga di lihat akan mengikut jejak langkah Oppo dalam mengembangkan Portfolio dengan memperkenalkan lebih model baharu pada tahun ini.

Melalui satu laporan yang tertiris, OnePlus dikatakan akan memperkenalkan sekurang kurangnya enam model baharu sehingga akhir September tahun ini. Iaitu lebih banyak dari model sebelum ini. OnePlus sebelum ini hanya membawakan sekurang kurangnya tiga model baharu termasuk satu dari kelas pertengahan iatitu siri Nord dan dua lagi dari siri andalan mereka.

Model OnePlus pertama yang tersenarai adalah dari model andalan iaitu OnePlus 10 Pro yang merujuk kepada tarikh pelancaran untuk pasaran global iaitu sekitar penghujung Mac ini. Di ikuti oleh siri kelas pertengahan OnePlus Nord CE 2 Lite yang mungkin akan di perkenalkan pada penghujung April. Kemudiannya adalah OnePlus Nord 2T, OnePlus 10R, OnePlus Nord 3 (Nord Pro) dan model yang ditunggu oleh peminat OnePlus iaitu OnePlus 10 Ultra yang dijangka akan perkenalkan pada suku ketiga 2022.

Pengenalan model OnePlus yang lebih banyak tahun ini di lihat sebagai salah satu cara OnePlus untuk mengembangkan pasaran mereka. Dengan sasaran pelanggan yang lebih luas akan menjadikan OnePlus lebih kompetitif untuk pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN