Buat yang masih tidak mengetahui, Qualcomm merupakan salah satu pengeluar utama cip untuk peranti Android. Menawarkan cip dalam tiga peringkat pengelasan iaitu kelas bawahan, kelas pertengahan dan juga kelas atasan.
Melalui maklumat terbaru, Qualcomm dijangka akan mengumumkan cip kelas atasan baharu mereka sedikit lebih awal untuk tahun ini. Ia berdasarkan dari laporan dalaman pembekal komponen yang menghasilkan cip, menurut laporan itu lagi kita mungkin akan melihat Snapdragon 8 Gen 1+ akan digunakan pada sekitar Jun atau selewatnya pada Julai ini.
Telefon pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1+ dijangka akan di umumkan untuk pasaran China terlebih dahulu, namun tidak didedahkan mengenai model tersebut. Kami menjangkakan OnePlus 10 Ultra mungkin akan dijana cip ini, namun terdapat laporan lain menyatakan ia mungkin akan menggunakan Dimensity 9000 atau Snapdragon 8 Gen 1.
Snapdragon 8 Gen 1+ dibangunakan dengan teknologi 4nm yang sama seperti Snapdragon 8 Gen 1 namum ia akan dihasilkan oleh TSMC bukannya Samsung. Walaupun membawakan teknologi yang sama tetapi ia menawarkan kelajuan yang lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 1. Pengumuman bagi cip Snapdragon 8 Gen 1+ dijangka akan di buat pada bulan Mei ini.