Close

OnePlus Ace Racing Edition dilancarkan – Skrin LCD 120 Hz, Dimensity 8100 Max dengan keyboard dari Razer

OnePlus kini sedia memasuki pasaran peranti gaming selepas melancarkan OnePlus Ace Racing Edition secara rasmi di China. Ideologi yang dibawa pada OnePlus Ace Racing Edition adalah menfokuskan kepada pengalaman permainan dengan harga yang lebih berpatutan.

OnePlus Ace Racing Edition dijana oleh cip terbaharu dari MediaTek iaitu Dimensity 8100 Max. RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan panel jenis LCD berbanding AMOLED dengan saiz 6.59 inci dengan paparan maksimum 120 Hz yang turut menyokong enam mod paparan iaitu 30/48/50/60/90/120 Hz.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tiga tetapan kamera belakang dengan sensor utama 64 MP, 8 MP ultra lebar dan 2MP kamera makro. Melengkapinya, kamera swafoto dengan sensor 16 MP di muatkan. Seterusnya, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W diletakkan yang mampu mengecas dari 0% ke 80% hanya dalam 29 minit sahaja.

Ciri lain yang dibawakan pada OnePlus Ace Racing Edition antaranya adalah bicu audio 3.5mm, Dirac Audio, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan keyboard dengan kerjasama Razer yang diilhamkan dari BlackWidow dan Mercury Razer.



OnePlus Ace Racing Edition ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Biru. Harga jualan bermula dari CNY 2,000 (RM1,301) untuk spesifikasi asas dan CNY 2,400 (RM1,561) untuk spesifikasi tertinggi. Buat masa ini, OnePlus Racing Edition hanya ditawarkan untuk pasaran China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN