Close

OnePlus Nord 2T dilancarkan – Skrin AMOLED 90Hz, Dimensity 1300 dan pengecasan pantas 80W

OnePlus hari ini secara rasminya melancarkan siri baru dibawah barisan OnePlus Nord iaitu OnePlus Nord 2T. Menawarkan kemaskini spesifikasi yang terbaharu dan juga reka bentuk yang sedikit berbeza dari model sebelumnya.

OnePlus Nord 2T adalah peranti pertama yang dijana dengan cip Dimensity1300, menyokong RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Panel hadapan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.43 inci 90Hz yang dilindungi dengan Gorilla Glass 5.  Bateri 4500mAh di muatkan yang dipadankan dengan teknologi pengecasan SuperVOOC 80W.


Untuk fotografi, OnePlus Nord 2T hadir dengan tetapan tiga kamera dengan kamera utama Sony IMX 766 50 MP, 8 MP ultra lebar dan 2 MP monokrom. Kamera swafoto pula hadir dengan 32 MP. Secara keseluruhan, OnePlus Nord 2T membawakan tiga perubahan ketara iaitu pada cip, kamera dan juga teknologi pengecasan.

OnePlus Nord 2T didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Jade Fog dan Gray Shadow. Harga jualan bermula dari RM1,854 ( €399/£369) untuk spesifikasi asas 8GB+128GB manakala model 12GB+256GB dijual pada RM2,319 (€499/£469).

ARTIKEL BERKAITAN