Close

realme Watch 3 dijangka hadir dengan skrin yang lebih besar

 



realme
nampak bersedia untuk mengemaskini varian jam tangan pintar mereka sekaligus akan mengumumkan realme watch 3. Berdasarkan dari beberapa imej yang telah dikongsi melalui Twtitter telah memperlihatkan beberapa maklumat berkenaan reka bentuknya.

Menerusi imej yang dikongsi, realme watch 3 dijangka akan hadir dengan skrin yang lebih besar. Selain itu, realme watch 3 juga akan hadir dengan skrin jenis melengkung dengan 2.5D untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. realme watch 3 juga akan menyokong panggilan melalui Bluetooh sekaligus menjadikan ia realme watch terawal yang hadir dengan ciri tersebut.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh realme mengenai realme watch 3. Kami menjangkakan yang ia akan membawa beberapa perubahan ketara dari model sebelumnya. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN