Close

Nubia Z40S Pro dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 18GB dengan harga mencecah RM4,416


Nubia hari ini secara rasminya melancarkan model baharu dibawah siri Z40 Pro iaitu Nubia Z40S Pro. Siri Z40 ini menfokuskan kepada permainan, untuk kemas kini kali ini ia hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan masih mengekalkan spesifikasi dalaman.


Nubia Z40S Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.67-inci OLED FHD bersama paparan 144Hz. Dijana Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 18GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1. Tampil dalam dua pilihan kapasiti bateri iaitu 4600mAh bersama pengecasan pantas 120W dan 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Dari segi fotografi, Nubia Z40S Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP + 50MP ultra lebar + 8MP telefoto. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Untuk rakaman video, Nubia Z40S Pro mampu merakam pada ehingga 4K 120fps.

Ciri lain yang turut dibawakan oleh Nubia pada Z40S Pro adalah seperti sistem penyejukkan yang lebih baik, NFC, pembesar suara stereo, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari dibawah skrin dan banyak lagi.

Untuk pasaran China, Nubia Z40S Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Magic Green, Night Sea dan satu edisi terhad “Spirit Cage”. Harga jualan bagi Nubia Z40S Pro bermula dari RM2,238 untuk 8GB+128GB 80W (RMB 3399) sehingga RM4,416 untuk 18GB+1TB 120W (RMB 6699), manakala untuk model edisi terhad ia dijual pada tanda harga RM4,4167 12GB+256GB  80W (RMB 4699).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN