Close

Model EQC 400 4Matic turut diumumkan dengan harga anggaran bermula RM390,000

Pada acara yang sama, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut mengumumkan satu lagi model baharu kereta elektrik penuh iaitu EQC 400 4Matic di bawah keluarga EQ.

Dikenali dengan kod nama N293, EQC 400 4Matic dijana dengan kuasa dwi-motor dengan hamburan output sekitar 408hp dan tork 765Nm. Boleh dipacu dari 0-100 km/j hanya dalam 5.1 saat. Untuk kelajuan maksimum ia mampu mencecah 180 km/j.
Dari segi kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri 80kWh yang membolehkan ia berjalan sehingga 437 km. Menyokong pengecas jenis AC dengan kapasiti 11kW yang mengambil masa mengecas sekitar 11 jam. Manakala untuk pengecas pantas DC pula berkapasiti 110kW, mampu mengecas dari 10% – 80% dalam masa 40 minit.
Di Malaysia, varian EQC 400 4Matic ditawarkan dengan harga anggaran RM390,000. Didatangkan dengan waranti empat tahun dan bateri EV pula diberikan waranti lapan tahun atau 160,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN