Close

Nothing tidak merancang untuk melancarkan Phone (1) versi Lite

Nothing baharu sahaja melancarkan telefon pintar pertama mereka iaitu Phone (1). Menariknya, terdapat beberapa laporan mengatakan Nothing merancang untuk melancarkan Phone (1) versi Lite tidak lama lagi.

Laporan tersebut menyatakan, Phone (1) Lite akan hadir dengan reka bentuk dan spesifikasi yang sama. Namun terdapat dua perbezaan ketara iaitu Phone (1) versi Lite akan hadir dengan panel belakang biasa tanpa sistem LED Glyph dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Terkini, pihak Nothing yang dihubungi oleh The Mobile Indian telah menafikan kewujudan peranti tersebut dan menyatakan laporan tersebut tidak berasas.

Nothing buat masa ini, mungkin tidak merancang untuk melancarkan telefon kedua mereka seawal ini. Akan tetapi, pada masa akan datang Nothing mungkin akan menawarkan dua varian pada satu model.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN