Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Mac ataupun Apple Watch. Namun begitu, ia memerlukan pengguna menghubungkan kad debit atau kad kredit pada Apple Wallet.
Walaubagaimanapun, pengguna perlu mengaktifkan ciri ini sebelum ia boleh digunakan. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu pergi ke aplikasi Wallet dan tekan ikon + untuk menambah kad debit atau kad kredit, seterusnya ikuti langkah pada skrin sehingga selesai.
Ciri Apple Pay menyokong peranti iPhone dengan sokongan Touch ID dan Face ID. Juga boleh digunakan pada iPad Air, iPad Pro, dan iPad dengan sokongan Touch ID dan Face ID. Selain itu, ia juga menyokong Apple Watch dan Mac yang diperkenalkan selepas 2012. Namun, iPhone 5s dan kebawah tidak menyokong ciri ini.
Kehadiran Apple Pay di Malaysia memberikan pengguna lebih banyak pilihan pembayaran. Dengan hampir semua terminal pembayaran kad debit dan kad kredit menyokong Apple Pay. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk pembayaran melalui web seperti Shopee dan sebagainya.