Close

Siri Samsung Galaxy Watch 5 kini rasmi dengan harga bermula RM1,099

Melalui acara Galaxy Unpacked sebentar tadi, Samsung turut mengumumkan dua model baharu Galaxy Watch iaitu Galaxy Watch 5 dan Galaxy Watch 5 Pro. Kedua-dua model tampil dengan reka bentuk yang lebih baik dan menggunakan kaca jenis Sapphire Crystal.

Untuk Galaxy Watch 5, ia dikuasakan dengan cip Exynos W920 yang dipadankan dengan RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB.

Tampil dalam dua pilihan saiz iaitu 40mm dengan skrin bersaiz 1.2-inci Super AMOLED dan 44mm dengan skrin bersaiz 1.4-inci Super AMOLED. Untuk kapasiti bateri, pada 40mm ia hadir dengan bateri sebesar 284mAh manakala 44mm pula adalah 410mAh. Samsung menjanjikan pengecasan yang lebih pantas dengan 60% lebih pantas dari model sebelumnya.

Manakala untuk Galaxy Watch 5 Pro, ia hadir dalam satu pilihan sahaja dengan 45mm yang menggunakan skrin Super AMOLED. Dikuasakan cip Exynos W920 yang dipadankan dengan RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB. Bateri 590mAh dimuatkan yang turut menyokong 60% pengecasan lebih pantas berbanding model sebelumnya.

Kesemua model dilengkapi dengan ciri seperti NFC, GPS, sleep tracking,optikal heart sensor, tekanan darah, stress level, dan juga penjejak kesihatan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ECG (electrical heart sensor) dan BIA (bioelectrical impedance). Untuk ketahanan, ia hadir dengan 5ATM bersama penarafan IP68. Menjalankan OneUI 4.5 yang berasaskan WearOS 3.5.

Untuk harga jualan, Galaxy Watch 5 akan dijual pada tanda harga RM1,099 (40mm) dan RM1,199 (44mm). Hadir dengan tiga pilihan warna Graphite, Pink Gold dan Silver untuk 40mm. Manakala untuk saiz 44mm ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Graphite, Sapphire dan Silver. Seterusnya, harga jualan bagi Galaxy Watch 5 Pro adalah bermula RM1,899 yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black Titanium dan Gray Titanium. Pra-tempahan bagi siri Galaxy Watch 5 bermula hari ini melalui laman web rasmi Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN