Sumber : SmartPrix |
OnePlus dijangka akan melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 11 Pro. Jika sebelum ini, imej awal peranti tersebut telah tertiris, terkini spesifikasi penuh OnePlus 11 Pro pula tertiris.
![]() |
Sumber : SmartPrix |
Spesifikasi penuh yang didakwa sebagai OnePlus 11 Pro telah dikongsi melalui laman sesawang 91Mobiles. Melaluinya, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin 6.7-inci QHD+ AMOLED dengan paparan 120Hz.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk kapasiti bateri, ia hadir dengan 5000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W.
![]() |
Sumber : SmartPrix |
Untuk fotografi, OnePlus 11 Pro dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 48MP + 32MP bersama kamera swafoto 16 MP. Kamera peranti ini dijangka akan menggunakan teknologi Hassleblad seperti mana pada OnePlus 10 Pro.
Ciri lain yang dijangka hadir bersama adalah seperti sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, pengimbas cap dibawah skrin, menjalankan Oxygen OS 13 dan lain-lain.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang didedahkan. Tetapi, terdapat laporan menyatakan OnePlus 11 Pro mungkin akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2023.