Close

Apple iPhone 15 disahkan hadir dengan pengecasan jenis USB-C

Sumber : MacWorld

Kesatuan Eropah telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.

Berikutan dari itu, Apple dilihat akur dengan arahan tersebut dan akan mula menggunakan pengecasan jenis USB-C pada siri iPhone 15. Perkara tersebut disahkan melalui Naib Presiden Pemasaran Apple yang tampil dalam satu wawancara Tech Live oleh Wall Street Journal.

Undang-undang baharu ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa elektronik dan juga untuk mengurangkan pembaziran. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada akesori yang tersuai. 

Pengguna sambungan jenis USB-C bukan sahaja akan hadir pada siri iPhone baharu dan seterusnya, sebaliknya ia juga akan mula digunakan pada produk Apple lain seperti iPad, MacBook, AirPods dan lain-lain.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Apple sedang menguji iPhone dengan sambungan jenis USB-C dan beberapa wartawan dilaporkan telah menerima unit pengecasan pantas jenis USB-C dari Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN