Close

Lenovo ThinkPad X1 Carbon edisi terhad kini boleh di pra-tempah dengan harga bermula RM13,359

Lenovo kini sedia membuka pra-tempahan di Malaysia untuk model ThinPad X1 Carbon edisi terhad ulang tahun ke-30 ThinkPad. Pra-tempahan tersebut bermula hari ini sehingga 30 November 2022.

Komputer riba edisi terhad ini tidak membawakan perubahan yang ketara secara keseluruhan. Namun, elemen edisi terhad masih ada seperti hadir dengan rekaan logo klasik ThikPad iaitu merah, hijau dan biru, ukiran nombor siri pada tubuh peranti dan juga ukiran tanda Edisi Ulang Tahun ke-30 di bahagian dalam.
Lenovo ThinkPad X1 Carbon edisi terhad ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 14-inci LCD 2.8K OLED yang turut menyokong sentuhan. Dikuasakan dengan cip Intel Core i7-1260P, RAM sehingga 32GB LPDDR5, storan dalaman sehingga 4TB SSD PCIe NVMe Gen 4 dan bateri sebesar 57Wh.
Selain itu, ia juga hadir dengan papan kekunci jenis backlit, kamera FHD infra merah, empat pembesar suara dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa. Secara asasnya, ia hadir dengan spesifikasi yang sama seperti komputer riba ThinkPad X1 Carbon bukan edisi terhad.
Di Malaysia, Lenovo ThinkPad X1 Carbon edisi terhad ulang tahun ke-30 ini dijual pada tanda harga bermula RM13,359. Seperti namanya, ia hanya tersedia 40 unit sahaja untuk pasaran Malaysia, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM848 berupa tetikus ThinkPad X1 dan juga beg komputer riba edis khas.

ARTIKEL BERKAITAN