Close

Apple dilaporkan mempertimbangkan penggunan skrin OLED atau LCD pada iPhone SE 4

Sumber : MacRumours

iPhone SE generasi keempat dijangka akan dilancarkan pada 2024. Biarpun masih terlalu awal untuk diperkatakan, namun terdapat beberapa laporan awal telah tertiris mengenainya.


Antara laporan awal mengenai iPhone SE 4 yang tertiris adalah akan hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone XR, menggunakan skrin jenis bertakuk dan tiada fungsi Face ID sebaliknya menggunakan Touch ID pada butang kuasa.


Terkini, menurut Ross Young, Apple dikatakan belum lagi membuat keputusan untuk menggunakan jenis skrin dan saiz skrin pada iPhone SE 4. Terdapat dua pilihan skrin dan dua pilihan saiz skrin yang mungkin akan digunakan oleh Apple iaitu LCD atau OLED dan saiz 5.7-inci atau 6.1-inci.

Sekiranya iPhone SE 4 tampil dengan skrin OLED ia mungkin akan dijual sedikit mahal berbanding jika menggunakan skrin LCD. Apple buat masa ini, masih lagi dalam proses pembincangan dengan pembekal berkenaan perkara tersebut. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN