Close

Ini rupanya bahagian dalam Apple Watch Ultra dan Google Pixel Watch

IFIXIT baru-baru ini melakukan ‘teardown’ untuk dua jam tangan pintar iaitu Apple Watch Ultra dan Google Pixel Watch. Yang mana, kedua-dua jam tangan pintar ini ditawarkan dengan harga yang premium.

Melalui teardown tersebut, telah memperlihatkan bahagian dalam kedua-dua jam tangan pintar itu. Untuk bahagian dalam Apple Watch Ultra, dapat dilihat ia disusun dengan rapi dan kemas tanpa sebarang tape pelekat. Rekaan bingkai pada Apple Watch Ultra adalah sangat kompleks berbandingan Google Pixel Watch.
Sementara, pada bahagian dalam Google Pixel Watch adalah sebaliknya. Susunan bahagian dalam tidak teratur dan terdapat tape pelekat pada bateri yang menampakkan ia seperti jam tangan murah. Namun begitu. Google Pixel Watch dilihat lebih mudah untuk dibuka berbanding Apple Watch Ultra.

Dari segi baikpulih, Apple Watch Ultra dilihat lebih sukar berbanding Google Pixel Watch, berikutan skrin Apple Watch Ultra telah rosak sewaktu proses teardown.
Secara keseluruhan, dari segi kekemasan dan binaan Apple Watch Ultra adalah lebih baik berbandingan Google Pixel Watch. Namun, dari segi baikpulih Google Pixel Watch dilihat lebih mudah berbanding Apple Watch Ultra.

ARTIKEL BERKAITAN