Close

Sony PS5 edisi God of War Ragnarök akan mula ditawarkan minggu hadapan dengan harga bermula RM2339

Permainan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna PlayStation iaitu God of War Ragnarök akan dilancarkan pada 9 November ini.

Menjelang hari pelancarannya, Sony turut mengumumkan bundle bersama permainan tersebut. Bundle dengan permainan tersebut akan ditawarkan dalam dua varian iaitu PS5 Digital Edition Bundle dengan harga RM2339 dan PS5 Disc Bundle pada harga RM2769.

Bagi yang berminat. PS5 edisi God of War Ragnarök ini akan mula tersedia pada 9 November 2022 dan boleh didapati di semua pengedar rasmi PlayStation dan Sony. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman rasmi ini.

ARTIKEL BERKAITAN