Close

McDonald’s keluarkan kerusi Gaming edisi khas sempena menu baharu

Bersempena pelancaran menu baharu iaitu Burger McCrispy oleh McDonad’s di United Kingdom, mereka telah menghasilkan sebuah kerusi Gaming yang bertemakan Burger McCrispy.

Kerusi Gaming ini tampil dengan tema berwarna kuning dan hitam dengan perkataan McCrispy tertulis di bahagian tempat duduk. Menjadikan kerusi Gaming ini lebih unik, ia hadir dengan pemegang dan juga pemanas makanan secara terbina.

Pemegang dan juga pemanas ini diletakkan di bahagian kanan dan kiri kerusi, tidak ketinggalan terdapat tempat untuk meletakkan kentang goreng, bekas sos dan tuala. Tuala juga turut tersedia dengan tema warna kuning dan hitam.

Walaubagaimanapun, kerusi Gaming edisi khas ini bukanlah untuk dijual. Sebaliknya ia adalah hadiah giveaway yang akan diberikan kepada pemenang bertuah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN