Leica dengan kerjasama Sharp Corporation mengumumkan generasi baharu Leitz Phone iaitu Leitz Phone 2. Seperti generasi pertama, Leica Leitz Phone 2 masih membawakan idea yang sama dengan keupayaan kamera yang terbaik.
Dari segi spesifikasi, Leica Leitz Phone 2 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.6-inci IGZO Pro OLED bersama paparan 240Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB, storan dalaman 512GB dan bateri 5000mAh.
Untuk fotografi, Leica Leitz Phone 2 dimuatkan dengan kamera sudut lebar 47.2 MP 1-inci + 1.9MP kedalaman. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan kamera 12.6 MP.
Secara asasnya, rekaan Leica Leitz Phone 2 sama seperti Sharp Aquos R7, tetapi membawakan binaan yang lebih baik dengan binaan logam, penutup kamera belakang jenis magnetik dan menggunakan penjenamaan Leitz bukannya Leica.
Leica Leitz Phone 2 buat masa ini hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja dengan harga jualan RM7346 (JPY 225,360). Ditawarkan dalam warna putih sahaja dan akan mula dijual pada 18 November di Jepun.