Close

Oppo Find N2 dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, stylus Oppo pen dan kamera Hasselblad

Oppo secara rasminya melancarkan generasi baharu peranti boleh lipat mereka iaitu Oppo Find N2. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Oppo Find N2 dilengkapi dengan skrin dalaman bersaiz 7.1-inci OLED 120Hz yang turut menyokong kandungan HDR10. Manakala, untuk skrin luar pula adalah 5.54-inci OLED 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4520mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP + 48MP ultra sudut lebar + 32MP telefoto. Bagi mendapatkan hasil imej yang lebih baik, sistem kamera dari Hasselblad dan cip ISP Marisilicon X telah diletakkan pada peranti ini. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.

Fungsi dan spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, sokongan stylus, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Gorilla Glass Victus, menjalankan ColorOS 13 yang berasaskan Android 13, dan lain-lain.

Selain itu, Oppo Find N2 turut hadir dengan reka bentuk engsel yang lebih baik yang dapat mengurangkan lipatan sebanyak 67%  sekaligus skrin dapat dilipat dengan rapi serta kurang kesan lipatan pada skrin.

Untuk harga jualan, Oppo Find N2 di jual pada harga bermula RM5060 (RMB7999) untuk 12GB+256GB dan RM5693 (RM8999) untuk 16GB+512GB. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN