Close

DNB menyenaraikan Sony Xperia 1 IV dan Xperia 5 IV sebagai peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia

Berdasarkan dari kemaskini DNB yang dibuat pada 15 Disember 2022. Memperlihatkan penambahan pengeluar yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia.

Melalui senarai terbaru yang dikeluarkan oleh DNB, memperlihatkan dua model Sony iaitu Sony Xperia 1 IV dan Xperia 5 IV telah disenaraikan sebagai peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia.

Sebelum ini, Sony tidak ada dalam senarai peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Dengan penyenaraian ini, pengguna Sony di Malaysia kini boleh menikmati kelajuan rangkaian 5G dengan kelajuan purata sekitar 350 Mbps.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN