Close

Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM4999

 Asus Malaysia hari menambah satu lagi penawaran untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition. Melalui ia hadir dengan beberapa perubahan dari segi kemasan dan juga aksesori.

Secara asasnya, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition tidak membawakan sebarang perubahan dari segi spesifikasi. Namun, edisi ini tampil dengan kemasan khas yang berasaskan dari permainan Diablo Immortal. Panel belakang peranti menggunakan warna tema hitam dan merah bersama karakter Diablo dan juga logo ROG.

Selain itu, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition turut membawakan beberapa perubahan pada antaramuka dengan tema Diablo. Dari segi aksesori, ia hadir dengan pelbagai aksesori yang bertemakan Diablo seperti kerangka telefon, sim ejector, kepala pengecas USB-C dan juga kable pengecas USB-C. Tidak ketinggalan, ia turut hadir dengan kotak bungkusan ekslusif bertemakan Diablo.


Bagi yang berminat, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition dijual pada tanda harga RM4999 untuk 16GB+512GB. Setiap pembelian akan menerima jaminan warranti tambahan selama setahun, hadiah lebih menarik turut ditawarkan untuk 50 pembeli terawal berupa hadia eksklusif bernilai RM100.

ARTIKEL BERKAITAN