Close

5 fungsi menarik yang perlu anda cuba pada iOS 16.2

Seperti kita tahu, Apple telahpun melepaskan kemaskini terbaru iaitu iOS 16.2. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah penyelesaian masalah dan juga beberapa fungsi baharu.
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi mengenai lima fungsi menarik yang ada pada iOS 16.2.
Sokongan 5G
Fungsi yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengguna akhirnya tiba melalui kemaskini iOS 16.2. Fungsi yang dimaksudkan adalah, sokong rangkaian 5G di Malaysia. Melaluinya, pengguna iPhone kini boleh menikmati rangkaian 5G di Malaysia.


Namun begitu, tidak semua model iPhone yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia, antara model yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah seperti iPhone SE 2022, siri iPhone 12, siri iPhone 13 dan siri iPhone 14.
Sekiranya, model anda menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Ini adalah cara untuk anda mengaktifkan atau mematikan rangkaian 5G pada peranti anda. Buat masa ini, hanya Digi, Celcom dan U Mobile sahaja yang menyokong rangkaian 5G pada iPhone.
Apple Music Sing


Seterusnya adalah fungsi Apple Music Sing, yang mana ciri ini membolehkan pengguna karaoke dengan lagu yang ada dalam Apple Music.


Melaluinya, pengguna boleh melaraskan vokal penyanyi dan dalam masa yang sama akan turut memaparkan lirik. Selain itu, ia juga menawarkan keupayaan untuk memaparkan berbilang lirik untuk berduet.

Namun begitu, fungsi ini hanya tersedia untuk semua pelanggan Apple Music. Antara peranti yang menyokong fungsi ini adalah seperti iPhone, iPad dan juga Apple TV.

AirDrop

Seperti yang kita tahu, AirDrop mempunyai tiga pilihan tetapan iaitu “Receiving Off”, “Contacts Only” dan “Everyone”. Tetapi pada iOS 16.2, Apple telah membuat penambahbaikan untuk menjadikan fungsi ini lebih selamat untuk digunakan.
Melalui iOS 16.2, Apple telah mengubah pilihan “Everyone” kepada “Everyone for 10 Minutes”. Ia membawa maksud, tetapan AirDrop akan kembali kepada “Contacts Only” secara automatik selepas 10 minit diaktifkan.
Tetapan baharu Always On Display

Melalui iOS 16.2, fungsi Always On Display kini hadir dengan beberapa pilihan baharu untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menetapkan Always On Display.
Pilihan baharu tersebuat adalah, pengguna boleh memilih untuk tidak memaparkan Wallpaper dan juga Notifikasi apabila fungsi Always On Display diaktifkan. Ia sekaligus menjadikan Always-On Display lebih minimum dan lebih menjimatkan bateri.
Untuk menukar tetapan Always On Display, pergi ke Setting > Display & Brightness > Always On Display. Kemudian, pilih tetapan untuk tidak memaparkan Wallpaper dan juga Notifikasi.
Freeform

Pada iOS 16.2, Apple telah memperkenalkan satu aplikasi baharu yang dipanggil sebagai Freeform. Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna untuk menguruskan dan menyusun pelbagai maklumat seperti foto, video, PDF, sticky notes, text boxes, shapes, pautan dan banyak lagi.
Aplikasi ini tersedia pada iPhone, iPad dan Mac. Menariknya, aplikasi ini boleh dikongsi secara masa nyata melalui FaceTime dan iMessage. Selain itu, aplikasi ini turut menyokong Apple Pencil pada iPad dan Stylus pada iPhone.

ARTIKEL BERKAITAN