Close

Honor 80 GT dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 54MP dan skrin AMOLED 120Hz

Honor secara rasmi melancarkan satu lagi peranti dibawah siri Honor 80 iaitu Honor 80 GT. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk.

Honor 80 GT, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED 120Hz yang turut menyokong 100% DCI-P3 dengan kecerahan puncak 1400 nits. Bateri 4800mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 66W. 

Dari segi fotografi, Honor 80 GT hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 54MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP jenis berlubang yang terletak ditengah.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan pada peranti ini adalah seperti IR Blaster, Bluetooth 5.2, NFC, sistem penyejukkan, dan menjalankan MagicOS 7.0 yang berasaskan Android 12.

Untuk harga jualan, Honor 80 GT dijual pada tanda harga bermula CNY3,299 (RM2099) untuk 12GB+256GB dan CNY3,599 (RM2287) untuk 16GB+256GB. Buat masa ini, Honor 80 GT hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN