Baru-baru ini, sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi telahpun melancarkan barisan baharu peranti premium mereka iaitu siri Redmi K60 untuk pasaran China. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dan reka bentuk yang lebih premium.
Seperti kebiasaan, siri Redmi akan turut dilancarkan secara global. Namun, untuk pasaran global Redmi K60 akan dijenamakan semula sebagai Poco F5 Pro. Laporan ini merujuk kepada perkongsian Kacper Skrzypek melalui Twitter.
Selain Redmi K60, Redmi Note 12 dan Redmi Note 12 Speed turut dijangka akan memasuki pasaran global dan akan dijenamakan sebagai Poco X5 5G dan juga Poco X5 Pro 5G. Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut tidak mendedahkan sebarang tarikh pelancaran.
Untuk spesifikasi, Poco F5 Pro akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 16GB LPDDR5, storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1, skrin 6.67-inci AMOLED, bateri 5500mAh dan pengecasan pantas berwayar 67W.