Close

KKD siasat dakwaan kebocoran data melibatkan Maybank, Astro dan SPR

Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan yang mereka memandang serius dengan dakwaan kebocoran data yang melibatkan 13 juta data pengguna Maybank, Astro dan SPR.

Kenyataan media berhubung siasatan dakwaan kebocoran data melibatkan @MyMaybank, Astro & @sprgovmy pic.twitter.com/fHbEAK9oxW

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) December 30, 2022

 

Berikutan dari itu, KKD melalui Jabatan Privasi & Perlindungan Data (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang mendapat maklumat balas mengenai insiden tersebut daripada MayBank dan Astro bagi memastikan kesahihan pemilikan data.


Melalui siasatan awal yang dibuat, maklumat nombor akaun Maybank yang dibocorkan didapati tidak sah atau tidak wujud kerana transaksi tidak boleh dilakukan melalui nombor akaun tersebut. Terdapat kemungkinan data yang dijual adalah merujuk kepada insiden kebocoran yang berlaku pada 2018. Walaubagaimanapun, pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan perlu dibuat untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].


Sementara siasatan berkenaan kebocoran data dari SPR ia akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara untuk tindakan selanjutnya berikutan ia di luar bidang kuasa akta 709.


Dalam masa yang sama, KKD meminta pengguna data agar sentiasa mematuhi prinsip dan standard perlindungan data peribadi selaras dengan akta 709.

ARTIKEL BERKAITAN